“Sepatutnya Sudah Mati Lama Dahulu..” – Nabila Huda Maklum Hidupnya Kini Lebih Bahagia Dan Gembira

Hiburan

“Sepatutnya Sudah Mati Lama Dahulu..” – Nabila Huda Maklum Hidupnya Kini Lebih Bahagia Dan Gembira

Pelakon dan juga personaliti TV, Nabila Huda memberitahu bahawa kehidupannya kini lebih bahagia selepas bersikap lebih terbuka mengenai masalah kemurungan yang dihidapinya selama ini.

Nabila Huda
2 years ago

"Saya Pura-Pura Okey Ketika Bekerja Di Atas Pentas" - Anak Nabila Huda Terkandas Banjir

Advertisement

Kata Nabila, setiap manusia mempunyai banyak pilihan bagaimana untuk mendepani hari-hari mendatang dan enggan lagi terus bersedih dan murung.

Perkara tersebut turut dikongsikan Nabila menerusi sebuah hantaran panjang lebar di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Saya lebih bahagia sekarang dan saya ingin hidup bahagia. Takkan ada hidup yang akan terus bersedih.

Kalau kita pilih kesedihan, sampai bila-bila pun bersedih sahajalah kehidupan. Kalau dalam fikiran asyik cakap itu susah, ini susah, susahlah kamu.

Ujarnya lagi, ramai antara kita kini sedang berada dalam satu fasa kehidupan yang payah dan sedih namun pesan Nabila, hidup harus kekal dijalani dengan senyuman di bibir.

“Saya nak kalian percaya, apa yang kalian inginkan dalam hidup, benda itu akan datang. Cuma bila semua itu, kita tak tahu. Nikmati sahaja perjalanan dan teruskan hidup dengan sepenuh jiwa raga. Jangan mengeluh sangat, senyum lebih dan sentiasalah bersyukur.” tulisnya.

Ceritanya lagi, dia sepatutnya sudah mati lama dahulu jika dirinya tidak kuat berdepan dengan dugaan hidup.

Tambah pengacara program Melodi ini, sepanjang kehidupan dia banyak menyakitkan hati ramai orang serta mementingkan diri sendiri namun pengalaman hidup banyak mengajarnya untuk menjadi seorang Nabila Huda pada ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...