“Tu Pun Lubuk Pahala Juga..” – Syada Amzah Kongsi Azam 2024, Netizen Saran Jernihkan Hubungan Adik-Beradik Dulu

Hiburan

“Tu Pun Lubuk Pahala Juga..” – Syada Amzah Kongsi Azam 2024, Netizen Saran Jernihkan Hubungan Adik-Beradik Dulu

Penyanyi dan pempengaruh, Syada Amzah ada berkongsikan harapan serta hasratnya yang ingin dicapai pada tahun baru, 2024.

Ibu individu penting

Menerusi hantaran yang dibuat, Syada meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk lihat hari-hari seterusnya serta dapat menjaga ibu tercinta, Datin Fauziah Sarman.

Advertisement

Syada turut berkata dia sentiasa meletak ibunya sebagai individu yang paling penting dalam hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Dalam kapsyen yang ditulis, ada beberapa hasrat yang disenarikan oleh penyanyi terbabit, antaranya, perbaiki amal ibadah, memberi kesenangan hidup untuk ibunya, berjaya dalam bidang yang diceburi, lebihkan sedekah, melancarkan dua buah lagu baru sekurang-kurangnya, bawa ibu melancong serta turunkan berat badan.

Netizen tambah senarai azam yang perlu dicapai

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, ada segelintir netizen menambah senarai azam 2024 Syada untuk berbaik semula dengan adik-beradiknya.

komen

Sekadar info, hubungan Syada Amzah dan kakaknya, Shila Amzah mula menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas berlakunya perbelahan di media sosial beberapa bulan lalu.

ibu shila amzah
4 months ago

Shila Amzah Buat 'House Tour', Ibu & Syada Kongsi Petikan - "Satu Dunia Tak Suka Kita Pun, Tak Menghinakan Kita"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...