Shila Amzah Buat ‘House Tour’, Ibu & Syada Kongsi Petikan – “Satu Dunia Tak Suka Kita Pun, Tak Menghinakan Kita”

Hiburan

Shila Amzah Buat ‘House Tour’, Ibu & Syada Kongsi Petikan – “Satu Dunia Tak Suka Kita Pun, Tak Menghinakan Kita”

Semalam, hantaran penyanyi Shila Amzah di Instagram meraih perhatian selepas dia berkongsi video house tour banglo miliknya yang bakal dijual.

Ia menjadi bualan gara-gara kontroversi melanda adik beradik Shila dan ibunya sebelum ini yang membabitkan rumah banglo berkenaan.

Advertisement

Malah, ramai yang menyindir adik beradik Shila yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusannya yang meminta mereka mengosongkan banglo tersebut kerana ia bakal dijual.

shila amzah

Lebih kurang satu jam selepas Shila berkongsi video tersebut di Instagram, ibunya yang dikenali sebagai Mamazie ada memuat naik klip video ceramah dan dia turut tag seorang lagi anak perempuannya, Syada.

Ceramah dikongsikan itu memberikan kata-kata hikmat dan renungan tentang manusia tidak perlu kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya kerana yang paling penting adalah pandangan Allah terhadap diri kita.

Satu dunia tak suka kita pun, tidak menghinakan kita. Satu dunia pun suka kita, fanatik dengan kita, belum tentu memuliakan kita.

Menjengah ke Instagram Syada pula, dia turut repost semula perkongsian ibunya itu di story dan mereka dilihat keluar makan malam bersama.

Turut bersama mereka adalah Amir Syahir dan seorang wanita dipercayai rakannya namun kelibat ND Lala, Shila dan Ubai tidah kelihatan manakala Amir Syafiq pula kini difahamkan berada di China atas urusan kerja.

ibu shila amzah

Semoga pada tahun baru akan datang, ukhuwah dan hubungan keluarga ini dapat dipulihkan serta mereka adik beradik berbaik semula.

shila
12 months ago

"Besar, Patut Lah Merentan Kena Keluar.." - Shila Amzah Akhirnya Kongsi 'Tour' Rumah Banglo Kontroversi Miliknya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...