Setiap hari, ada sahaja video penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dan Syed Saddiq tular di media sosial membuatkan ramai peminat mereka tidak keruan.
Jika baru-baru ini, Bella dan Ahli Parlimen Muar tersebut seperti sudah mengakui secara tidak langsung tentang hubungan mereka, kali ini video abang Syed Saddiq mengusik mereka telah meraih perhatian.
Tak panggil Syed Saddiq ‘abang’
Video tersebut dikongsikan oleh akaun Bella Astillah Fans dan memaparkan penyanyi itu menemani Syed Saddiq makan ketika sedang berehat sebelum bekerja semula.
Abang Syed Saddiq dikenali sebagai Space Dollah telah mengusik Bella ketika dia bertanya tentang panggilan adik beradik mereka.
Saya pelik, saya panggil abang Salleh (panggilan) abang. Saddiq umur dia 33, Bella 31, tak pernah panggil dia abang Saddiq.
View this post on Instagram
Tersipu malu Bella
Syed Saddiq yang sedang makan hanya melihat Bella berborak dengan abangnya tentang topik berkenaan sebelum Space Dollah mengambil kesempatan itu untuk mengusik penyanyi asal Sabah itu.
Tapi dia bukan abang, dia ‘Sayang’.
Kata-kata Space Dollah membuatkan Bella tertawa dan tersipu malu sambil menutup wajahnya dengan kipas tangan sementara Syed Saddiq memandang abangnya.
Hantaran itu meraih perhatian ramai peminat mereka yang turut tersipu dan tak keruan selepas mendengar usikan Space Dollah.
Ada yang berkata abang Syed Saddiq memang gemar mengusik mereka terutamanya Bella sehingga membuatkannya terkedu.