“YB Single Tak? Saya Tak Single” – Video Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Confess’ Buat Netizen Tak Keruan

Hiburan

“YB Single Tak? Saya Tak Single” – Video Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Confess’ Buat Netizen Tak Keruan

Nampaknya peminat sudah boleh menarik nafas lega apabila Bella Astillah dan Syed Saddiq seperti sudah membuat pengakuan secara tidak langsung tentang hubungan mereka.

Single ke tak?

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok Ahli Parlimen Muar itu, Bella dilihat mengusiknya dan bertanya adakah Syed Saddiq masih ‘single’ dan dia menjawab,

Advertisement

Saya unavailable. Bella jangan buat buat tak tahu. Bella single tak?

Dengan nada suara yang lembut, penyanyi berasal dari Sabah itu kemudian menjawab dirinya kini bukan lagi seorang wanita ‘single’.

@bellasyedsaddiq_1 Alololo manjanye suara bella cakap dgn yb ❤️ #bellaastillah #syedsaddiq #fypシ゚ #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #bellasyedsaddiq #fypシ゚viral ♬ original sound – Bella& Syedsaddiq

 

YB tanya, YB blushing

Kedua-dua mereka tertawa kecil dan potongan video ketika siaran langsung itu kini tular di TikTok membuatkan ramai peminat mereka tidak keruan.

Rata-ratanya suka melihat gelagat Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikatakan malu-malu ketika bertanya soalan tersebut.

Dia yang tanya balik, dia yang blushing.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nancy shukri tahu rahsia bass
2025-08-07 13:14:50

Nancy Shukri Dakwa Tahu Rahsia ‘BASS’ Ketika Sambutan Hari Lahir – Syed Saddiq Tiba-Tiba Sebut 'Oktober'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok