#TriviaNara – Tertuduh Senyum Lebar Walaupun Dihukum Gantung, Noor Suzaily Dibunuh Dengan Kejam!

trivianara

#TriviaNara – Tertuduh Senyum Lebar Walaupun Dihukum Gantung, Noor Suzaily Dibunuh Dengan Kejam!

Seorang wanita berpendidikan tinggi bernama Noor Suzaily Mukhtar menggemparkan negara 23 tahun yang lalu apabila dirinya telah dirogol, diliwat dan dibunuh dengan penuh kejam!

Pada tanggal 7 Oktober 2000, mangsa yang baru saja mendapat kerja di Pantai Medical Centre cawangan Klang telah menaiki sebuah bas untuk mendaftar pada hari pertamanya, namun siapa sangka itu merupakan kali terakhir keluarga dapat melihatnya.

Advertisement

Tidak ramai penumpang yang menaiki bas berkenaan dan setelah menurun penumpang warga Bangladesh, pemandu bas berkenaan melencong dag yri jalan yang sudah dijadualkan. Malah turut sengaja tidak mengambil penumpang lain.

kisah Noor Suzaily

Sedar dengan situasi sekeliling, Suzaily telah menjerit meminta tolong dan turut mengetuk cermin bas serta cuba membuka pintu kecemasan, namun pemandu berkenaan sudah pun mengunci pintu berkenaan mengunakan suis automatik. Tambah pula, cermin bas yang gelap sukar untuk orang luar melihatnya.

Dirogol, diliwat, 44 kesan cedera di badan

Sewaktu pergelutan berlaku, wanita terbabit telah diperkosa, malah dipukul dengan kejam oleh si pelaku hingga mengakibat 44 kesan cedera di tubuhnya. Bukan itu saja, Suzaily turut dijerut dengan kain pada leher hingga tidak bernyawa, lalu mayatnya dicampak di sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan dalam keadaan bogel.

Tertuduh mereka-reka cerita

Setelah 3 hari mayat ditemui, suspek bernama Hanafi Mat Hassan telah ditahan oleh pihak polis di terminal Klang dan pada awalnya dia tidak mengaku hingga sanggup mereka cerita, namun pihak polis telah temui air maninya di lantai bas serta kemaluan mangsa.

kisah Noor Suzaily

Penjara 20 tahun, 12 sebatan dan hukuman gantung sampai mati

Perkara yang membuat keluarga berasa sangat marah serta kecewa kerana Hanafi sama sekali tidak menunjukkan dirinya insaf dan sempat tersenyum lebar setelah hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh.

Pada 19 Disember 2009, Hanafi maut di tali gantung di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Osama Bin Laden
1 year ago

#TriviaNara - 'Dibuang' Ke Dalam Laut, Kisah Sebenar Bagaimana Osama Bin Laden Dikebumikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...