#TriviaNara – ‘Dibuang’ Ke Dalam Laut, Kisah Sebenar Bagaimana Osama Bin Laden Dikebumikan

Kehidupan

#TriviaNara – ‘Dibuang’ Ke Dalam Laut, Kisah Sebenar Bagaimana Osama Bin Laden Dikebumikan

Umum mengetahui figura geopolitik terkenal, Osama Bin Laden telah dilaporkan terbunuh setelah diserang pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat di perkarangan tempat tinggalnya dekat Islamabad, Pakistan pada 2 Mei tahun 2011 yang lalu.

Pemburuan Osama Bin Laden selama 10 tahun telah menjadikan dia sebagai senarai orang yang paling dikehendaki pihak Federal Bureau of Investigation (FBI) meskipun telah meninggal dunia.

Advertisement
Osama Bin LadenSumber : Gogole  

Berikutan itu, cara pengebumian pengasas kumpulan Al- Qaeda ini telah menjadi pertikaian agensi-agensi kerajaan USA pada ketika itu yang ditadbir oleh bekas Presidennya iaitu Barack Obama.

Amerika Syarikat pada ketika itu dikehendaki untuk menentukan bagaimana cara mayat orang buruan mereka itu harus dikebumikan kerana negara asal kelahiran Osama, Arab Saudi dilaporkan tidak mahu ‘menerima’ mayat tersebut kembali ke negara mereka.

Osama Bin Laden

Osama Bin Laden

Pelbagai kaedah telah dipertimbangkan seperti pembakaran mayat namun ia tidak dilakukan kerana dilarang sama sekali dalam agama Islam.

Mengapa mayat Osama Bin Laden tidak ditanam seperti orang Islam biasa?

Difahamkan, pengebumian di dalam tanah seperti kebiasaannya tidak dapat dilakukan kerana boleh menjurus kepada kemunculan lokasi ‘tempat suci pengganas’  serta lokasi ritual-ritual dan tempat pemujaan individu yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya ‘disemadikan’ di dalam laut

Oleh itu, kerajaan Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk mengebumikan Osama Bin Laden  di dalam laut agar tiada pihak mahupun individu dapat mencari dan menemui mayatnya.

Osama Bin Laden

Dalam tempoh 24 jam selepas kematian figura terkenal itu, mayat Osama segera dibawa ke kapal USS Carl Vinson dan dikendalikan dengan cara Islam seperti dimandikan, dikafankan dan dilakukan  upacara keagamaan yang lain oleh penterjemah bahasa Arab yang dibawa khas oleh kerajaan AS untuk tujuan itu.

Dilaporkan jenazah Osama telah diletakkan di dalam beg pemberat sebelum dimasukkan ke atas papan kayu lalu ditolak ke dalam laut, kira-kira 12 jam selepas dia dibunuh.

Menara umno
1 year ago

#TriviaNara - Tragis! Lelaki Tertanam Sedalam 13 Tingkat Dihempap Konkrit Menara UMNO

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : History.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...