#TriviaNara – Niat Nak Bincang Urusan Pembelian Tanah, Siapa Sangka Sosilawati Lawiya Dikerat Sebelum Dibakar Jadi Abu

trivianara

#TriviaNara – Niat Nak Bincang Urusan Pembelian Tanah, Siapa Sangka Sosilawati Lawiya Dikerat Sebelum Dibakar Jadi Abu

16 September 2010 merupakan tarikh di mana berita kematian Datuk Sosilawati, 47 ‘mengegarkan’ seluruh Malaysia selepas dilaporkan hilang di laman media sosial.

Semuanya terjadi apabila Sosilawati meninggalkan rumahnya di Gombak untuk ke Banting atas urusan pembelian tanah pada 30 Ogos 2010 dan disini, beliau bersama dengan pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 44 telah menjadi mangsa kes pembunuhan kejam.

Advertisement

kes sosilawati lawiya

Dikerat sebelum dibakar

Melalui kronologi pembunuhan kejam 4 individu ini, kesemua mangsa telah dipukul dengan kejam dengan menggunakan kayu kriket dan senjata tumpul dengan tujuan untuk melemahkan mangsa-mangsa. Selepas itu, mangsa ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga berlumuran darah. Lebih mengerikan, mangsa-mangsa telah dikerat sebelum mereka dibakar.

Belum cukup kejam, pembunuh telah melumurkan tahi lembu di badan mayat berkenaan untuk mempercepatkan proses pembakaran, lalu membalutnya dengan zink sebelum curah minyak petrol, lalu dibakar hingga menjadi abu.

Penjenayah kembali kutip sisa abu mayat

Keesokan harinya, penjenayah itu semua kembali ke tempat kejadian atas dasar mahu mengutip sisa abu mayat yang sudah hangus terbakar dan mengumpulkannya dalam sebuah guni sebelum dibuang ke Sungai Panchau.

Tanda tanya mengenai pembunuhan terbabit mula terbongkar setelah peguam berpangkat Datuk (N.Pathmanabhan) dan adiknya ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

kes sosilawati lawiya

Difahamkan melalui siasatan, mereka telah membawa pihak polis ke sebuah pusat ternakan ayam yang dikelilingi kelapa sawit milik suspek utama, dimana ia merupakan tempat pembunuhan kejam itu berlaku.

Lebih mengejutkan, pihak polis menjumpai tempat pembakaran, termasuklah kesan dan bau petrol yang sangat kuat, selain sisa pembakaran dipercayai merupakan sisa mayat.

kes sosilawati lawiya

Kes pembunuhan kejam terhadap 4 orang individu ini telah mendapat liputan yang sangat hebat di seluruh Malaysia dan ia selesai pada tarikh 4 Disember 2015 dengan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati ke atas empat suspek lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan tiga pembantu peribadinya.

Suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan ini adalah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 23, R. Matan, 24 dan R. Kathavarayan, 35.

Noor Suzaily
2 years ago

#TriviaNara - Tertuduh Senyum Lebar Walaupun Dihukum Gantung, Noor Suzaily Dibunuh Dengan Kejam!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...