#TriviaNara – Kisah Giulia Tofana, Cipta Alat Mekap ‘Beracun’ Untuk Bantu Beratus Isteri ‘Hapuskan’ Suami Jahat

trivianara

#TriviaNara – Kisah Giulia Tofana, Cipta Alat Mekap ‘Beracun’ Untuk Bantu Beratus Isteri ‘Hapuskan’ Suami Jahat

Siapa sangka, alat solekan yang disukai ramai wanita boleh dijadikan sebagai senjata untuk menamatkan riwayat seseorang dalam diam dan secara perlahan-lahan.

Itulah yang pernah terjadi dalam sejarah jenayah dunia pada abad ke-17 di mana seorang wanita telah ditangap dan dihukum bunuh kerana membunuh ramai lelaki bergelar suami.

Advertisement

Ketika itu, alat solek tidak digunakan lagi secara meluas dan Giulia Tofana yang merupakan seorang janda di Itali telah mencipta racun bagi membantu para wanita yang tidak bahagia dengan rumah tangga mereka.

 

Kenapa?

Pada abad itu, ramai wanita telah dipaksa oleh keluarga mereka untuk berkahwin dengan lelaki, tanpa persetujuan dan memang kebanyakan perkahwinan tidak menggembirakan.

Bukan sahaja tidak gembira, tetapi para wanita ini juga hidup dalam kesengsaraan akibat sering didera oleh suami mereka sendiri.

Lebih teruk, meskipun mendera habis-habisan para suami itu langsung tidak dikenakan tindakan kerana pada zaman tersebut, lelaki dianggap memiliki kuasa mutlak terhadap isteri.

 

Bagaimana?

Ketika itulah, Giulia mencipta racun yang diberikan nama Aqua Tofana dan ia memberi penyelesaian kepada para isteri yang tidak bahagia dengan perkahwinan masing-masing.

Aqua Tofana ini mengandungi ramuan arsenik, plumbum dan belladonna dan ia berfungsi sebagai cara untuk isteri ‘mempertahankan’ diri mereka.

Selepas ia disiapkan, racun ini akan disimpan di dalam bekas perhiasan yang diletakkan bersama alat solek yang lain sebagai samaran atau undercover.

Si isteri hanya perlu meletakkan beberapa titik ramuan ke dalam minuman atau makanan milik suami. Cecair itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan fizikal atau bau menyebabkan ia lebih mudah digunakan untuk membunuh.”

Racun ini akan menyebabkan mereka mati secara perlahan-lahan dalam tempoh 4 hingga 6 hari dan post mortem ke atas mayat tidak akan menemukan punca kematian kesemua lelaki tersebut.

 

Rahsia terbongkar kerana semangkuk sup

Beberapa sumber mengatakan Giulia berjaya menjalankan bisnes ini secara sembunyi selama kira-kira 50 tahun namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sekitar tahun 1650, perniagaan Giulia tidak lagi menjadi rahsia selepas seorang pelanggannya menyebabkan bisnes itu diketahui ramai.

Pelanggan terbabit telah meletakkan Aqua Tofana ke dalam sup suaminya namun belum sempat lelaki itu menjamah, tiba-tiba si isteri mula rasa bersalah dan menghalang suami untuk hirup.

Kerana ragu-ragu dengan tingkah laku isteri, lelaki itu memaksanya untuk menceritakan perkara sebenar dan terbongkarlah bisnes Aqua Tofana.

 

Kantoi akhirnya…

Giulia kemudian diberikan amaran oleh pelanggannya bahawa kedainya akan diserbu. Selepas dimaklumkan, dia yang mempunyai seorang anak perempuan dan tiga pekerja itu melarikan diri serta meminta perlindungan di gereja.

Tidak lama selepas itu, khabar angin mula tersebar tentang Giulia meracuni air dan akhirnya gereja berkenaan diserbu dan dia diserahkan kepada pihak berkuasa.

Selepas ditangkap, Giulia mengejutkan ramai orang selepas dia mengakui telah membunuh sekurang-kurangnya 600 lelaki di antara tahun 1633 hingga 1651.

Pada tahun 1659, Giulia dikenakan hukuman mati di Campo de ‘Fiori di Rom bersama anak dan tiga orang pekerjanya.”

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan ramai pelanggannya turut ditahan dan dikenakan hukuman gantung pada waktu yang sama sepertinya.

Campo de ’Fiori

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Osama Bin Laden
2 years ago

#TriviaNara - 'Dibuang' Ke Dalam Laut, Kisah Sebenar Bagaimana Osama Bin Laden Dikebumikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...