“Trend ‘Sembur’ Orang Ni Dah Basi” – Azwan Ali Kritik Cara Penjurian Mas Idayu Dalam Program Realiti TV

Hiburan

“Trend ‘Sembur’ Orang Ni Dah Basi” – Azwan Ali Kritik Cara Penjurian Mas Idayu Dalam Program Realiti TV

Pengacara kontroversi, Azwan Ali beranggapan bahawa sikap juri yang memberikan komen dan kritikan terhadap peserta dalam sesebuah program TV secara berlebihan adalah tidak wajar.

Ujar Azwan yang terkenal dengan ayat ‘see my level’ ini berkata, setiap juri berhak memberikan pandangan namun perlulah memadai supaya tidak kelihatan jelik di layar TV, apatah lagi ia ditayangkan secara siaran langsung.

Advertisement

Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta. Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023.

Azwan juga memberikan nasihat kepada pihak produksi agar tidak terlalu teruja untuk mengejar ‘rating’ atau ‘berdrama’ namun perlu menghormati perasaan peserta yang bertanding.

Jelasnya, dia berkata demikian hanya sebab sayangkan Mas Idayu dan ikhlas kerana pernah bekerjasama dengan penyanyi itu ketika program Lagu Cinta Kita 2, tiga tahun yang lalu.

@kick_kapoor8989

Membalas kepada @pepell_ semoga ok ok semuanya…!!! Adat pertandingan..!!!

? bunyi asal – Kick_kapoor8989 – Kick_kapoor8989

Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan.

Tak nafi nyanyian Sissy kedengaran agak sumbang seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan.

Terdahulu, kritikan pedas Mas Idayu terhadap persembahan Sissy Iman dalam pertandingan nyanyian Famili Duo telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan juga rakan artis setelah penyanyi itu mengumumkan untuk tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian setelah insiden itu.

Mas IDayu Sissy Iman
1 year ago

Lelong Album Baru RM20 Je, Sissy Iman Nak Berhenti Menyanyi Gara-Gara Komen 'Pedas' Mas Idayu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...