Lelong Album Baru RM20 Je, Sissy Iman Nak Berhenti Menyanyi Gara-Gara Komen ‘Pedas’ Mas Idayu?

Trending

Lelong Album Baru RM20 Je, Sissy Iman Nak Berhenti Menyanyi Gara-Gara Komen ‘Pedas’ Mas Idayu?

Mungkin berasa jauh hati, penyanyi dan personaliti TV Sissy Iman semalam memaklumkan bahawa dia telah membatalkan rancangan untuk melancarkan album terbarunya yang dirancang pada Februari ini.

Ini berikutan komen-komen pedas ‘pedas’ daripada Mas Idayu yang menjadi juri dalam program nyanyian yang disertainya iaitu Famili Duo.

Advertisement

Difahamkan, Sissy Iman turut mengalirkan air mata gara-gara terkesan dengan komen yang dititipkan buatnya setelah selesai persembahan pada malam itu bersama Naim Daniel.

Menerusi Instagram Sissy, penyanyi lagu Namaku Padamu ini mengambil keputusan untuk menjual secara ‘derma’ album terbarunya itu dengan harga bermula RM20.

Tuhan saja tahu betapa terujanya saya, tapi keterujaan itu dah hilang. Pagi tadi bangun, bila nampak CD tu, saya rasa tak boleh tengok tanpa rasa sedih. Jadi saya ‘lepaskan’ album ini sebagai sumbangan saja.

Tambah Sissy, album itu menelan banyak kos dari segi pembuatan dan telah menggunakan wang simpanan hasil sedekad dia bekerja dalam industri muzik.

Asalnya nak jual RM50, itupun tak pulang modal. Apatah lagi untung. Sumbangan bermula RM30. Saya minta maaf terpaksa letak harga untuk tampun sebahagian kos cetak dan pos.

Terdahulu, Sissy dan pasangan duet, Naim Daniel dikritik hebat daripada Mas Idayu yang tidak suka akan persembahan mereka berdua kerana dirasakan terlalu kasar untuk irama keroncong.

Berikutan itu, juri Mas Idayu turut menjadi tumpuan netizen yang merasakan penyanyi dangdut itu terlalu lantang dan keterlaluan ketika memberi komen untuk para peserta program tersebut.

1 year ago

Komen Mas Idayu Buat Sissy Imann Menangis, Netizen Tak Puas Hati - "Kritikan Yang Tak Membina!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...