Tragis! Kereta Terjunam Dalam Sungai, Jasad Ibu Dan Dua Anak Ditemui Berpelukan

Berita

Tragis! Kereta Terjunam Dalam Sungai, Jasad Ibu Dan Dua Anak Ditemui Berpelukan

Satu kemalangan tragis dilaporkan telah berlaku di sebuah Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil apabila satu kereta jenis Proton Persona terbabas dan terjunam ke dalam sungai, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Syufaat Kamaron memaklumkan bahawa mayat seorang ibu bersama dua orang anaknya telah dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi itu.

Advertisement

Jasad ketiga-tiganya ditemui berpelukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 3.30 pagi tadi.

PPDA yang melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan kedudukan kereta di dasar sungai yang mempunyai kedalaman lebih 5 meter.

Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan kereta terbabit dengan menggunakan kren.

Mayat Mashitoh Ibrahim,37, ditemui bersama dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri,7, dan Mohd Ziyad Haziq,5 yang berada di tempat duduk belakang.

Kesemua mayat difahamkan telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat, seperti laporan Sinar Harian.

Saksi kejadian, Zulkifli Shaari,60, berkata dia pada waktu itu sedang menangkap ikan bersama rakan-rakan lain di sungai itu.

Ujar Zulkifli, kereta mangsa menggelongsor lalu terjunam ke dalam air. Dia dan rakan cuba untuk membantu namun gagal kerana arus sungai yang deras selain kereta tersebut tenggelam dengan cepat.

2 years ago

Baru 2 Hari Lepas Laungkan Azan Sebelum Ibu Ke Mekah, Pemuda Maut Meninggal Kemalangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...