Baru 2 Hari Lepas Laungkan Azan Sebelum Ibu Ke Mekah, Pemuda Maut Meninggal Kemalangan

Kehidupan

Baru 2 Hari Lepas Laungkan Azan Sebelum Ibu Ke Mekah, Pemuda Maut Meninggal Kemalangan

Umum sedia tahu ramai umat Islam telah mula berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji dan semestinya ramai yang mengambil peluang untuk menghantar ahli keluarga ke lapangan terbang buat kali terakhir sebelum pergi ke sana.

Walau bagaimanapun, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, dan itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita apabila anak lelakinya Muhammad Azizul Haikal Zulkifli, maut kerana terlibat kemalangan 2 hari selepas melaungkan azan sebelum menghantar ibunya berangkat ke Mekah.

Advertisement

Difahamkan, motosikal yang dinaiki Azizul telah bergesel dengan sebuah kereta sebelum bertembung dengan kenderaan lain dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Kling, Melaka.

Apa yang lebih sebak ialah berita pemergian Azizul diketahui oleh orang tuanya yang telah berada di Mekah dan tidak dapat melihat wajah arwah buat kali terakhir.

Dalam satu perkongsian di TikTok oleh Ell, arwah juga disifatkan sebagai seorang pemuda yang baik dan sering mengimamkan jemaah-jemaah di surau berdekatan.

Advertisement

mesej daripada suami
6 hari lalu

"Nak Peluk Abang.." - Isteri Luah Rindu Pada Arwah Suami Melalui 'WhatsApp' Buat Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...