Identiti penunggang motosikal yang menjadi mangsa tragedi jet peribadi terhempas di Persiaran Elmina semalam akhirnya dikenak pasti.
Memetik Berita Harian Online, mangsa adalah pekerja p-hailing bernama Muhamad Hafiz,32, yang berasal dari Sidam, Kedah.
Allahyarham difahamkan kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut akibat insiden pesawat terhempas tersebut.
#BHNasional Keluarga penunggang motosikal mangsa nahas pesawat dalam perjalanan dari Kedah ke HTAR, reda terima kehilangan keluarga.#Elmina #Nahaspesawathttps://t.co/mC6N9Qb5yC
— Berita Harian (@bharianmy) August 17, 2023
Difahamkan, adik kepada arwah, Norhikmah ada membuat hantaran di aplikasi WhatsApp di mana keluarga mereka meminta tolong kepada rakan-rakan terdekat untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang untuk urusan pengecaman mayat memandangkan mereka baru sahaja memulakan perjalanan ke HTAR, Klang.
Saya adik kepada Muhamad Hafiz. Abang saya terbabit dalam kemalangan pesawat terhempas di Subang. Ada tak kawan terdekat yang boleh tolong ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang untuk pengecaman mayat?
Norhikmah yang dihubungi media berkata, pemergian abangnya itu hanya diketahui selepas keluarganya menerima panggilan telefon daripada pihak berkuasa setelah solat Maghrib, semalam.
Ujarnya, abangnya itu ada menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung bagi membuat persiapan ketika menghubungi bapa mereka.
Abang ada kata mahu pulang 20 Ogos ini, kami sekeluarga mahu buat persiapan sempena perkahwinan kakak yang dijadual berlangsung 26 Ogos. Namun Allah lebih menyayangi abang. Dia seorang yang pendiam dan tegas, tapi sangat penyayang.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, sejurus selesai semua prosedur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.