[Tragedi Elmina] 10 Mangsa Termasuk ADUN Pahang Antara Yang Maut Nahas Kapal Terbang Terhempas

Berita

[Tragedi Elmina] 10 Mangsa Termasuk ADUN Pahang Antara Yang Maut Nahas Kapal Terbang Terhempas

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang antara mangsa yang maut dalam tragedi nahas kapal terbang terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, petang tadi.

Lapor media tempatan, YB. Dato’ Sri Johari bin Harun yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang merangkap Ketua Bahagian Umno Bentong adalah salah seorang ahli kenamaan yang maut dalam nahas tersebut.

Advertisement

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di mana beliau memaklumkan bahawa pesawat berkenaan telah dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan.

Mayat semua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.

Pesawat tersebut dipercayai jenis Premier 1 Beechcraft dengan nombor pendaftaran N28JV dengan kapasiti 8 orang penumpang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Waris mangsa Elmina
9 months ago

[Tragedi Elmina] "Saya Dengar Jeritan Allahuakbar Dari Penunggang Motosikal" - Saksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...