[Tragedi Elmina] “Saya Dengar Jeritan Allahuakbar Dari Penunggang Motosikal” – Saksi

Berita

[Tragedi Elmina] “Saya Dengar Jeritan Allahuakbar Dari Penunggang Motosikal” – Saksi

Seorang saksi yang dikenali sebagai Ihsan memaklumkan kepada wartawan bahawa dia terdengar jeritan Allahuakbar daripada mangsa yang menaiki motosikal ketika tragedi nahas kapal terbang di Persiaran Elmina sebentar tadi.

Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.

Ihsan,37 yang bekerja di Pengurusan Air Selangor itu menjadi saksi kejadian sebuah pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di sini hari ini.

@beautifulnara

Harap mangsa semua selamat dan tiada yang buruk terjadi #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #kapalterbangterhempas #elmina

? original sound – Beautifulnara.com – Beautifulnara.com

Difahamkan, Ihsan yang sedang membaca meter air berhampiran lokasi terbabit dan sedang menaiki motosikal ke Persiaran Elmina untuk urusannya itu tiba-tiba mendengar bunyi dentuman kuat di belakang.

Saya pusing belakang lihat kepulan asap dan terus berpatah balik.

Ketika itulah saya lihat penunggang motosikal itu menjerit kalimah Allah dan bergerak sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu.

Katanya lagi, dia juga melihat seorang dari pesawat itu berada di luar dalam keadaan rentung.

Advertisement

Berita menyusul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

elmina jet terhempas
9 months ago

[TERKINI] Tragedi Elmina: Penumpang, Juruterbang Termasuk Penunggang Motosikal Dilaporkan Maut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...