Muhammad Sharul Izuan, 16, anak kepada pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari yang menjadi mangsa pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam dua hari lalu berkata ayah sempat memberi gambar diri sendiri kepadanya.
Pemberian dua keping gambar itu dilihat oleh ibu, Suriana Muda, 43 dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya, 9 sewaktu berada dalam kereta.
Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan.
Remaja tersebut tidak menyangka permintaan di suruh simpan gambar itu adalah petanda arwah ayah bakal meninggalkan keluarga buat selamanya.
Dalam pada masa yang sama, Sharul turut berkata dia sempat berjumpa dengan arwah ayah sebelum bergerak ke sekolah menaiki motor, tetapi arwah ayahnya langsung tidak bercakap.
Kata Sharul, kali terakhir arwah ayah menghubungi ibunya sekitar jam 2.15 petang kerana ingin memaklumkan bahawa dia berada di sekitar kawasan Elmina.