Tinggal Kenangan, Gurauan Manja Pemandu E-Hailing Mangsa Nahas Pesawat Jadi Memori Terakhir Si Isteri

Kehidupan

Tinggal Kenangan, Gurauan Manja Pemandu E-Hailing Mangsa Nahas Pesawat Jadi Memori Terakhir Si Isteri

Media hari ini melaporkan identiti seorang lagi mangsa yang memandu kereta ketika kejadian nahas pesawat peribadi di Persiaran Elmina telah pun dikenal pasti.

Difahamkan, individu berkenaan yang juga pemandu e-hailing bernama Sharipuddin Shaari atau dikenali sebagai Pokcik Din.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan saudara terdekat mangsa yang menggunakan akaun Hazwani Hamdan di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsi gurauan manja yang kini tinggal hanya kenangan di antara arwah dan isterinya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ganas, tapi luka sikit mengadu dengan bini. Adoii.Hahaha” balas si isteri apabila arwah mengadu dahingya luka akibat memakai spek mata.

Difahamkan, mesej tersebut dihantar kira-kira kurang satu jam setengah insiden berkenaan berlaku.

Gurauan terakhirSumber : Facebook  

Terdahulu, polis telah mengesahkan 10 mangsa termasuk dua orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan dalam kejadian pada pukul 2.40 petang Khamis.

Antaranya, Adun Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dan juga seorang lagi orang awam iaitu Muhamad Hafiz Muhammad Salleh yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pmx tragedi elmina
8 months ago

"Kenapa La Bukan PMX" - Lelaki Biadab Dikecam Minta Anwar Ibrahim Jadi Mangsa Tragedi Nahas Pesawat Di Elmina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...