“Kenapa La Bukan PMX” – Lelaki Biadab Dikecam Minta Anwar Ibrahim Jadi Mangsa Tragedi Nahas Pesawat Di Elmina

Kehidupan

“Kenapa La Bukan PMX” – Lelaki Biadab Dikecam Minta Anwar Ibrahim Jadi Mangsa Tragedi Nahas Pesawat Di Elmina

Semalam, negara digemparkan dengan berita tragedi nahas pesawat ringan yang dilaporkan terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

Berikutan tragedi itu, muncul video-video ketika kejadian menyayat hati itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial TikTok dan sebagainya.

Advertisement

Namun, satu komen dikenal pasti telah dibuat oleh individu yang biadab di mana lelaki itu mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa tragedi itu.

Individu itu menulis “Kenapalah bukan PMX adoi” dalam sebuah hantaran video nahas tersebut di TikTok sekaligus mengundang kecaman netizen.

komen pmx mangsa elmina

Terdahulu, polis tampil mengesahkan bahawa beberapa orang kenamaan antara mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 pada petang Khamis.

Antaranya, ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun serta staf iringan, selain seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta malang yang kebetulan melalui jalan tersebut ketika tragedi itu berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penunggang motosikal elmina
9 months ago

[Tragedi Elmina] "Abang Kata Nak Pulang 20 Ogos Ini.." - Jenazah Penunggang Motosikal Dikenal Pasti, 'Rider' Berasal Dari Sidam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...