“Tradisi Orang Dulu Kena Hormat” – Nasi Impit Kuah Lodeh Disangka Lontong, Individu ‘Tegur’ Khairul Aming

Kehidupan

“Tradisi Orang Dulu Kena Hormat” – Nasi Impit Kuah Lodeh Disangka Lontong, Individu ‘Tegur’ Khairul Aming

Personaliti media sosial, Khairul Aming (KA) semalam ada memuat naik satu video resipi berbuka puasa iaitu lontong kuah lodeh dan ia sememangnya ditunggu-tunggu peminat pada setiap hari.

Dalam video tersebut, KA menyediakan resipi tersebut dan terhasil  juadah nasi impit dan juga kuah lodeh yang kelihatan sungguh menyelerakan.

Advertisement

Namun begitu, di sebalik keterujaan peminat melihat video penghasilan resipi yang berasal dari Jawa dan terkenal di negeri Johor, ada juga yang tidak berpuas hati tentang cara penyediaan makanan itu.

Dakwa seorang netizen ini, resipi KA itu bukanlah lontong kuah lodeh sebaliknya nasi impit dengan kuah lodeh.

Difahamkan, tiada penggunaan lontong dalam resipi tersebut dan individu itu turut meminta agar KA lebih menghormati tradisi orang zaman dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu itu namun ada juga yang tidak bersependapat.

Kata mereka, sesetengah tempat di Malaysia memang menggunakan nasi impit dan menganggap  kuah yang dihasilkan itu sebagai lontong kuah lodeh.

Khairul aming sambal nyet dr rafidah
1 year ago

"Kalau Tak Biasa Masak, Memang.." - Hanya Tunjuk 'Realiti' Cara Masak, Ini Respon Khairulaming

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...