“Kalau Tak Biasa Masak, Memang..” – Hanya Tunjuk ‘Realiti’ Cara Masak, Ini Respon Khairulaming

Hiburan

“Kalau Tak Biasa Masak, Memang..” – Hanya Tunjuk ‘Realiti’ Cara Masak, Ini Respon Khairulaming

Pensohor media sosial, Khairulaming (KA)  semalam tampil memberi respon setelah dia ditegur seorang doktor perubatan terkenal gara-gara membuat ‘content’ masakan terlampau banyak minyak dan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan.

Kata KA, sebagai pencipta kandungan, dia bertanggungjawab berkongsi realiti serta cara asal penyediaan makanan yang sememangnya lazim buat masyarakat Malaysia.

Advertisement

Ujarnya, dia boleh mengubah atau mengolah cara penyediaan dan resipi namun hasilnya mungkin berlainan dan tidak sedap lagi seperti yang asal.

Kalau nak ayam goreng yang juicy dan crispy, kena deep fried dalam minyak yang banyak. Itulah cara ia disediakan. Kalau nak ubah, boleh, tapi jadi tak sedap macam asal, itu saja.

Saya tunjuk kena pakai berapa sudu gula, minyak semua tu, sebab saya nak bagi realiti. Itulah cara sebenar makanan disediakan di luar sana. Kalau awak tak biasa masak, pergi kedai makan, awak tak rasa bersalah sangat.

Jelasnya lagi, mungkin sesetengah orang tidak mengetahui cara penyediaan sesuatu masakan yang kadang-kadang menggunakan banyak minyak kerana tidak pernah memasaknya sendiri di rumah.

Mengakui dirinya tidak boleh memuaskan hati semua orang di luar sana, KA memohon agar netizen membuat pilihan sendiri kerana ada yang memilih untuk makan ‘sedap’ dan ada juga yang ingin menjaga diet pemakanan.

Dia juga meminta netizen untuk mengutamakan kesihatan dan tidak bertelingkah tentang isu remeh temeh di media sosial.

“Harap tak ada gaduh-gaduh dalam bulan Ramadan. Jaga kesihatan, jangan lupa bersenam dan jaga portion” ujarnya.

Terdahulu, seorang pakar perubatan iaitu Dr Rafidah telah menegur di Twitter mengenai masakannya yang dianggap terlalu berminyak dan tidak sihat.

Dr Rafidah memohon agar KA membuat ‘content’ yang lebih sihat agar kesihatan rakyat Malaysia lebih terjamin.

dr rafidah khairul aming
1 year ago

"Banyak Sangat Minyak Ni.." - Dr Rafidah Tegur Khairulaming Buat Resipi Terlampau Banyak Minyak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...