Personaliti media sosial, Khairul Aming (KA) semalam ada memuat naik satu video resipi berbuka puasa iaitu lontong kuah lodeh dan ia sememangnya ditunggu-tunggu peminat pada setiap hari.
Dalam video tersebut, KA menyediakan resipi tersebut dan terhasil juadah nasi impit dan juga kuah lodeh yang kelihatan sungguh menyelerakan.
View this post on Instagram
Namun begitu, di sebalik keterujaan peminat melihat video penghasilan resipi yang berasal dari Jawa dan terkenal di negeri Johor, ada juga yang tidak berpuas hati tentang cara penyediaan makanan itu.
Dakwa seorang netizen ini, resipi KA itu bukanlah lontong kuah lodeh sebaliknya nasi impit dengan kuah lodeh.
Difahamkan, tiada penggunaan lontong dalam resipi tersebut dan individu itu turut meminta agar KA lebih menghormati tradisi orang zaman dahulu.
Ini namanya nasi impit with kuah lodeh. Jangan guna nama lontong kalau lontongnya pun takde. Tradisi orang dahulu haruslah dihormati. https://t.co/2aIZajxE75
— Khairul Anwar (@vamos32) April 12, 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu itu namun ada juga yang tidak bersependapat.
Kata mereka, sesetengah tempat di Malaysia memang menggunakan nasi impit dan menganggap kuah yang dihasilkan itu sebagai lontong kuah lodeh.