Hai! Kembali lagi bersama kami di Beautifulnara untuk kita tampilkan senarai gosip dan kontroversi hangat sepanjang minggu ini.
Antara topik sensasi minggu ini berkaitan isu palsu, barangan kemas ‘fake’ dan kenyataan orang pun ada yang sekadar ingin mencetuskan gimik untuk filem.
Ada pula selebriti yang ‘kantoi’kan rakan sendiri sedang berpelukan dengan seorang penyanyi remaja. Nak melabur? Ketahui pelaburan kripto wang yang baru sahaja dilancarkan tetapi sebenarnya diharamkan dan tidak sah di sisi undang-undang.
Lebih panas lagi, seorang penyanyi lain yang lebih muda boleh kritik cara penjurian penyanyi nombor satu negara! Semuanya dalam senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini. Jom layan dengan membaca entri ini sepenuhnya.
1) ISMAIL IZZANI PELUK ZARINA ANJOULIE DI KELAB MALAM
Kontroversi mereka berdua berpelukan mesra didalam sebuah kelab malam mula disebarkan oleh rakan Zarina sendiri iaitu pelakon Fathia Latiff. Aksi mereka itu mengundang kecaman netizen termasuklah penampilan Zarina yang tidak bertudung dan berpakaian seksi. Bukan itu sahaja, bagaimana seorang penyanyi remaja yang baru berusia 18 tahun boleh berhibur di kelab malam.
3) HAIRUL AZREEN CIPTA PUBLISITI MURAHAN KONON HAMPIR DICULIK
Hairul Azreen mengundang kemarahan orang ramai termasuk pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) atas dakwaan beliau dan Ammar Alfian hampir diculik ketika menjalani penggambaran filem Paskal di sebuah pelantar minyak di Semporna, Sabah.
BACA : Dakwaan Hairul Azreen Yang Hampir Diculik Hanya Publisiti Murahan Untuk Promosi Filem
4) CARA PENJURIAN SITI NURHALIZA DIKRITIK ‘NO BRAINER’
Seorang penyanyi lain yang popular telah mengkritik cara penjurian Datuk Siti Nurhaliza ‘no brainer’ ketika memberikan komen kepada peserta program realiti Big Stage, Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu Korea dari Black Pink. Apa yang dikatakan oleh penyanyi itu menjadi bualan hangat di media sosial sehingga tercetusnya sedikit perbalahan dikalangan peminat masing-masing.
BACA : Dikritik ‘No Brainer’ Oleh Penyanyi Lain, Pihak Siti Nurhaliza Tak Mahu Melatah
5) BANK NEGARA UMUM LAVIDA COIN MILIK DATUK SERI VIDA HARAM
Pelaburan matawang kripto, Lavida Coin milik jutawan kosmetik yang baru dilancarkan minggu lalu diumumkan haram oleh Bank Negara Malaysia dan termasuk dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.