Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dua Kali Tauke Kedai Emas Periksa, Memang Barang Kemas Itu Palsu – Aishah

Baru-baru ini penyanyi Aishah rasa terkilan dan kecewanya mengenai hadiah barangan kemas tajaan daripada Datuk Seri Vida yang didakwa palsu sedangkan sebelum ini ia dikatakan sebagai rantai berlian asli yang bernilai RM80,000.

Advertisement

Menurut Aishah, apa yang beliau katakan itu bukanlah tuduhan tidak berasas tetapi sudah pun membawa berlian tersebut ke kedai emas untuk dinilai harganya dengan menggunakan alatan khas pricena.

Alat tersebut akan mengeluarkan bunyi sekiranya berlian itu adalah asli dan tulen. Sebaliknya, berlian yang dibawa Aishah ini tidak langsung mengeluarkan sebarang bunyi setelah di scan.

Mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati ia bukan asli.

Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu rosak tapi apabila letak cincin (berlian asli) berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tulen. Kalau penaja kata hadiah itu plastik atau kayu sekalipun saya terima, tapi jangan tipu.

Advertisement

Dikecam tidak bersyukur oleh sesetengah pihak, Aishah menegaskan beliau hanya ingin bersuara mengenai haknya.

Saya tahu apabila berkongsi mengenai hal ini orang akan kutuk, tapi saya bersuara kerana ini hak kita. Saya harap pihak berkenaan bertanggungjawab dan mungkin kerajaan boleh amik perhatian.

Tambah Aishah lagi, pihak penaja boleh sahaja bertemu empat mata dengannya dan meminta maaf serta menjelaskan perkara sebenar tentang sebarang masalah. Bagaimanapun, beliau tidak pernah berniat untuk bergaduh dengan mana-mana pihak dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

33 Comments

  1. Anonymous

    August 29, 2018 at 9:24 am

    patutlah suka bebenor nk menunujuk2…rupa-rupanya barang kemas dia fake…tu yg xheran

  2. johnny bravo

    August 28, 2018 at 4:24 pm

    elok je dpt yg fake, padanlah dgn suara dia yg tak sedap. Kalau suara sedap baru berbaloi bagi yg asli…

    • Anonymous

      August 29, 2018 at 9:12 am

      ko try la masuk, tgk sedap tak suara kau…
      kot2 dapat permata cincin palsu…kena la dgn kau suara tak sedap…muarghahahaahhahaahha!!!

    • wekkkkkkk

      August 29, 2018 at 9:38 am

      ini bkn masalah suara x sedap. Suara dia sedap, lantang. Cuma yg johnny bravo maksudkan “mata x sedap memandang”..sbb mungkin johnny bravo tu muda belia, dia nk nengok yg muda je menyanyi dn seksi2 masa menyanyi.

      betul x Johnny bravo..

  3. Ibu

    August 28, 2018 at 9:31 am

    Kualiti emas & ketulenannya tak sama antara satu satu tempat, wallahualam la yg hadiah ni emasnya dibuat drp daerah mana atau ada sebarang campuran bahan lain, harap dapat diselesaikan, kalau tak dpt bagi yg ori tukarkan saja dgn hadiah lain spt kereta ka dgn value yg sama lagi berbaloi

  4. peratijangantakperati

    August 28, 2018 at 9:17 am

    meaning Dato Vida selama ni pun pakai barang fake lah ye…maksud aku berlian2 dia..haahhaha

    Ya Allah….tak baik la menipu

  5. mak cute

    August 28, 2018 at 8:15 am

    vida ni mmg biasa menipu la…PHD dia pun ntah mana dia beli…tu blom kes jual shawl rm10 yg cm jln tar tp rege beratus ringgit..kualiti pasar mlm blh buat alas meja…elok buat bodoh kena komen haram nk jawab…klo org tnya produk laju plak ko reply…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top