Sebelum ini, pelakon utama drama Mati Pucuk iaitu Emma Maembong dan Shahz Jaszle teruk dikecam oleh netizen selepas melakonkan babak dimana mereka menari sambil berpelukan mesra walaupun masing-masing sudah mendirikan rumahtangga.
Belum habis mengenai isu tersebut, muncul pula isu yang sama apabila Shahz sekali lagi memuat naik hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan momen-momen disebalik tabir drama tersebut.
Menerusi video tersebut, Emma dan Shahz dilihat ‘enjoy‘ melakonkan watak masing-masing ketika berada di set penggambaran.
Malah, turut dilihat beberapa potongan video dimana mereka berdua melalukan aksi-aksi lucu bersama selain Emma dilihat memukul punggung Shahz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kemesraan pelakon itu kerana masing-masing sudahpun bergelar suami dan isteri orang.
Why tak jaga batas langsung? – netizen.
“Dia main tepuk-tepuk pulak haha rghisau,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.