“Apa Perasaan Laki Bini?” – Sakan Menari Sambil Berpelukan, Aksi Mesra Emma Maembong & Shahz Jaszle Dikritik

Hiburan

“Apa Perasaan Laki Bini?” – Sakan Menari Sambil Berpelukan, Aksi Mesra Emma Maembong & Shahz Jaszle Dikritik

Terdahulu, pelakon utama drama She Was Pretty iaitu Dania Danielle dan Aiman Hakim dikecam oleh netizen berikutan beberapa babak mereka di dalam drama tersebut kelihatan begitu mesra walaupun masing-masing sudah mendirikan rumahtangga.

Belum habis mengenai isu drama tersebut, muncul pula isu yang sama menerusi babak di dalam drama Mati Pucuk yang dilakonkan oleh pelakon sensasi, Emma Maembong dan Shahz Jaszle.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shahz di laman TikTok, Emma dilihat memakai set baju pengantin sambil menari berpelukan bersama Shahz bagi menjayakan babak bagi drama tersebut.

Namun, apa yang menjadi persoalan pada netizen adalah kemesraan dalam lakonan mereka yang menjadi tanda tanya oleh kerana mereka berdua sudahpun bergelar suami dan isteri orang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat berasa kurang senang dengan beberapa babak di dalam sesetengah drama Melayu yang disifatkan sebagai keterlaluan dan seakan-akan tidak mementingkan sensitiviti agama.

Sebenarnya laki and bini diorang ni sayang ke tak diorang eh? – netizen.

Kalau laki aku buat macam ni and aku buat macam tu. Baik tak payah kahwin. Buat begini dengan kawan je, selamat aku tak jadi pelakon,” tulis seorang pengguna TikTok.

Kenapa cerita Risik Pada Hati elok je tak ada sentuh-sentuh, baik laki orang, baik bini orang. Ini lain macammm,” tulis lagi seorang penonton.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

(VIDEO) "Top Notch Acting!" - Izzar Kagum Dengan Lakonan Isteri, Anggap Ummi Nazeera Patut Menang 'Award'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Bobcat

    August 9, 2022 at 7:55 pm

    Makin melebih2 plk si emma ni ek..? Lg teruk plk dr zaman anak dara belum berhijab dulu.. meluat tgk menggeletis. Laki dia bangga kot tgk cenggini ni? Org kutuk ko tau marah tp agak2 le wei.. ko mmg mintak kutukan! U dont have to bring your level too low like this dear.. people know that you’re pretty. Too much of exposing yourself will only reveal more flaws..

    • anonymous

      August 9, 2022 at 9:49 pm

      misti laki dia ada standby stok geli geli kalau perangai bini buruk macam ni

  2. anonymous

    August 9, 2022 at 3:46 pm

    emma kembong attention seeker tapi talent level tv je haauuukkkkkk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...