Aktor Tony Eusoff mendedahkan dia pernah teringin mahu menampar seorang pelakon wanita gara-gara suka membuat hal ketika penggambaran.
Menerusi satu temu bual, Tony berkata aktres terbabit beberapa kali tidak hadir ke set mengikut jadual untuk penggambaran sehingga menyusahkan semua pihak.
Tak datang set, lepas itu MIA
Meskipun tidak mahu mendedahkan identiti aktres tersebut, Tony bagaimanapun sempat memberikan ‘hint’ bahawa individu terbabit kini sudah memakai tudung.
Ada seorang dalam karier saya setakat ini, yang saya ingin tampar. I taknak sebut nama dia. Nasib baik dia dah bersara. I tak sebut, tapi dia dah pakai tudung.
Bercerita lanjut, Tony berkata keinginan untuk menampar aktres itu timbul selepas dia tidak hadir ke set penggambaran sebanyak tiga kali tanpa memberikan apa-apa penjelasan.
Cerita itu melibatkan ramai orang, dan dia tak datang set tanpa apa-apa pencerahan, apa-apa penjelasan. Tak angkat phone, MIA. Orang semua tunggu dia, akhirnya tak jadi satu hari punya scene itu, tak jadi sebab dia.
Menyusahkan semua orang
Bukan sekali tetapi tiga kali tidak hadirkan diri, Tony berkata aktres tersebut tidak memikirkan orang lain yang bekerja keras untuk penggambaran tersebut.
Okay la kalau sekali tak apa, I boleh maafkan la. Tapi next day dia datang tanpa rasa bersalahnya, tak apa sekali itu I bagi peluang.
Masalahnya berlaku kali kedua dan ketiga. I rasa (buat aksi nak cekik). Tak payah cakap penat pelakon la, penat kru, penat tenaga produksi yang lain. You menyusahkan orang lain, you tak respect masa orang lain.
@sinar_my Alamak! Siapa pula tu? Bila berlakon ni libatkan ramai orang, ambil masa ramai orang. Sekali buat boleh dimaafkan tapi dah berkali-kali ? Hmm #SINARKongsi #BorakSelebriti #fypシ゚viral #fyp #xyzbca ♬ original sound – SINAR