“Ramai Turut Boikot Golongan Bermasalah Ini, Saya Angkat Dua Ibu Jari..” – David Teo Setuju Penerbit ‘Blacklist’ Artis Kontroversi

Hiburan

“Ramai Turut Boikot Golongan Bermasalah Ini, Saya Angkat Dua Ibu Jari..” – David Teo Setuju Penerbit ‘Blacklist’ Artis Kontroversi

Baru-baru ini, semakin ramai penerbit yang menyenaraihitam artis-artis yang terlibat dalam kontroversi dan penerbit David Teo juga ingin melakukan perkara yang sama demi menjaga nama baik syarikat produksinya, Metrowealth International Group (MIG) itu.

Ikut jejak penerbit lain

Kata David Teo, memang ada segelintir artis yang bermasalah namun masih besar kepala dan sombong kerana sudah dikenali ramai. Katanya, dia ingin turut mengikut jejak penerbit lain yang memboikot selebriti kontoversi kerana sudah tidak tahan melihat mereka diberi banyak peluang.

Advertisement

Saya bersetuju segelintir penerbit mahupun pengarah yang memboikot artis bermasalah sebab ini adalah satu bentuk pengajaran bagi mereka sedar diri. Apabila nama sudah melambung naik tinggi, mereka lupa tengok bawah.

 

Sama sahaja baik pelakon sendu mahupun popular, masing-masing ada perangai sendiri, besar kepala sehingga menyebabkan penerbit dan pengarah rugi besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Bukan ingin menutup periuk nasi

Selain itu, pengurus MIG ini juga menjelaskan isu ini bukan sesuatu perkara yang baru dan boleh terjadi pada mana-mana artis dalam industri seni ini. Tambah David, kali ini dia berancang untuk tidak memberi muka sebaliknya memberi pengajaran pada mereka.

Tidak mahu disalah anggap, penerbit terkenal ini menegaskan tindakannya itu bukan kerana ingin menutup rezeki artis-artis tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan artis ini ibarat senario yang tidak akan pernah selesai, apabila sekarang ramai turut memboikot golongan bermasalah ini, saya angkat dua ibu jari.

 

Menyokong di sini bukan ingin menutup periuk nasi mereka namun, sekadar memberi pengajaran dan berharap dia berubah suatu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Sebelum ini, David telah mendedahkan keputusan untuk meminta pelakon Hun Haqeem membayar ganti rugi sebanyak lebih RM600,000 kepada syarikat MIG atas sebab pelanggaran kontrak.

a. aida blacklist ruhainies
2 months ago

"Takde Orang Lain Ke Nak Mengorat" - Pernah Jadi 'Kesayangan', A.Aida 'Blacklist' Ruhainies Untuk Produksinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...