“Takde Orang Lain Ke Nak Mengorat” – Pernah Jadi ‘Kesayangan’, A.Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

Hiburan

“Takde Orang Lain Ke Nak Mengorat” – Pernah Jadi ‘Kesayangan’, A.Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

Isu mengenai dakwaan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat sememangnya menjadi topik utama bualan orang ramai sejak beberapa hari yang lalu.

Datuk A. Aida enggan bekerjasama lagi

Terbaru, melalui laman Instagram penerbit terkenal iaitu Datuk A. Aida, dia bertegas enggan lagi bekerjasama dengan Ruhainies susulan kontroversi yang dicetus olehnya, baru-baru ini.

Advertisement

Menurutnya, dia enggan isu yang berlaku kepada pelakon itu memberi kesan kepada syarikat terbitan miliknya, A. Aida Production Sdn Bhd.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Kesal dengan sikap Ruhainies

Dalam hantaran yang dimuat naik, A. Aida meluahkan rasa kesal terhadap seorang pelakon yang pernah menjadi ‘kesayangannya’ sanggup melakukan hal terkutuk itu terhadap rakan baik sendiri.

Kata A. Aida pada pihak mStar, Ruhainies bakal memulakan penggambaran sebuah telefilem berjudul Elham Untuk Nian pada April, namun disebabkan isu ‘panas’ ini tercetus, penerbit ini telah sebulat suara bersama pihak produksinya untuk mencari pelakon wanita lain bagi menggantikan watak utama telefilem itu.

Bagi saya isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telemovie itu nanti.

Sekadar info, Ruhainies bertegas kepada pihak media bahawa hubungannya bersama Aliff Aziz tidak lebih daripada seorang kawan dan fakta mengenai tidak keluar dari rumah selama tiga jam itu tidak benar.

BACA: “Jawi Tak Berkompromi Dalam Perkara Ini..” – Jawi Nafi Dakwaan Tangkap Khalwat Dua Selebriti Kerana Gimik Atau Promosi Drama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar