“Jawi Tak Berkompromi Dalam Perkara Ini..” – Jawi Nafi Dakwaan Tangkap Khalwat Dua Selebriti Kerana Gimik Atau Promosi Drama

Kehidupan

“Jawi Tak Berkompromi Dalam Perkara Ini..” – Jawi Nafi Dakwaan Tangkap Khalwat Dua Selebriti Kerana Gimik Atau Promosi Drama

Tangkapan khalwat yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukan kerana gimik atau ingin mempromosikan mana-mana karya oleh selebriti, sebaliknya dilakukan kerana mengikut prosedur undang-undang yang ada.

Maksiat tetap maksiat

Menurut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perbuatan maksiat tetap dipandang sebagai maksiat dan sama sekali tidak boleh dimaksudkan selain berkhalwat.

Advertisement

Jawi tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan melakukan tangkapan bagi satu kesalahan semata-mata hendak mempromosikan selebriti atau apa sekali pun.

 

Tidak, itu tidak langsung berlaku termasuk dalam usaha yang dibuat oleh pihak Jawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harian Metro (@hmetromy)

Sudah buat siasatan awal

Bukan itu sahaja, Mohd Na’im turut menjelaskan bahawa pihaknya sudah membuat siasatan awal berdasarkan aduan yang diterima daripada pihak ketiga berhubung dakwaan mereka di tempat kejadian.

Tambahan pula, laporan yang dibuat oleh pengadu juga tidak ada hubungan dengan mana-mana artis dan pihak Jawi itu sendiri. Katanya, sekiranya didapati ada kesalahan maksiat, maka Jawi akan bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kalau ada sebarang laporan yang dikemukakan oleh pihak pengadu atau pihak ketiga, bahagian ini tidak ada kontak dengan selebriti atau mana-mana pihak yang minta ditangkap.

 

Aduan itu dibuat oleh pihak ketiga yang tidak ada kena mengena dengan pihak Jawi.

 

Jadi berdasarkan aduan berkenaan pihak bahagian penguatkuasaan Jawi akan memulakan siasatan dan sekiranya mendapati ada kelakuan itu maksiat maka akan buat tangkapan.

jawi

Terdahulu, orang ramai mula mensyaki kes tangkap khalwat pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies dikatakan hanya gimik dan markerting bagi mempromosikan drama mereka dan menganggap pihak Jawi turut terlibat sama.

ruhainies aliff aziz
2 months ago

"Tudiaa Marketing Drama Baru.." - Tenang 'Post' IG Story, Netizen Syak Kes Tangkap Khalwat Ruhainies & Aliff Aziz 'Marketing' Saja?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...