“Tolonggg, Tolong Saya!!!” – Tiba-Tiba Ada Suara Wanita Jerit Pukul 2.30 Pagi, Tindakan ‘Influencer’ Ini Dipuji Netizen

Kehidupan

“Tolonggg, Tolong Saya!!!” – Tiba-Tiba Ada Suara Wanita Jerit Pukul 2.30 Pagi, Tindakan ‘Influencer’ Ini Dipuji Netizen

Menerusi platform Twitter, seorang pempengaruh menceritakan tentang pengalamannya baru-baru ini berdepan dengan situasi mencemaskan pada awal pagi.

Mana tidaknya, pada waktu suasana sunyi dan orang ramai sedang tidur, dia dan suami serta beberapa penduduk lain terdengar suara seorang wanita menjerit meminta pertolongan.

Advertisement

Katanya, wanita itu banyak kali mereka mendengar jeritan tersebut dan dalam tempoh yang lama namun apabila ditanya unit rumah, suara seorang lelaki kedengaran menjerit dan berkata,

Takyah layan pompuan gila tu bang.”

Jelasnya, mereka membuat andaian bahawa lelaki tersebut adalah suami wanita tersebut dan dia merupakan mangsa keganasan rumah tangga yang meminta diselamatkan. Mereka kemudian menghubungi pihak polis dan menceritakan tentang apa yang berlaku.

Apabila polis peronda tiba dan bertanya di mana suara perempuan menjerit yang didengari penduduk, wanita itu terus menjerit dengan kuat,

Polis tolong saya, tolong saya.”

Tidak lama selepas itu, seorang wanita dilihat turun ke bawah dan berjumpa dengan polis serta menceritakan sesuatu sebelum kereta polis tiba di lokasi dan membawanya ke balai.

Tambahnya, tujuan dia berkongsi tentang cerita itu adaah untuk memberi kesedaran kepada orang lain jika berdepan dengan situasi sebegitu. Sementara itu, ada yang turut mencadangkan jika sesiapa mengalami situasi seperti wanita tersebut agar menjerit memaklumkan blok dan nombor rumah.

Rata-rata netizen yang membaca cerita itu mengucapkan terima kasih kepada influencer tersebut kerana tidak berdiam diri dan terus menghubungi polis.

Dalam pada itu, ada yang turut berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi lebih kurang sama di mana dia menjadi saksi seorang wanita diceraikan suami selepas lunyai dibelasah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Tular Rakaman Wanita 'Terberanak' Depan Klinik Kesihatan, Netizen Pelik - "Kenapa Tak Ada Sorang Pun Tolong?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...