“Tolong Kembali Kepada Isu Sebenar” – Caprice Dedah ‘Dark Secrets’, Ini Penjelasan Cikgu Fadli

Trending

“Tolong Kembali Kepada Isu Sebenar” – Caprice Dedah ‘Dark Secrets’, Ini Penjelasan Cikgu Fadli

Terdahulu, penyanyi rap sensasi, Caprice telah memuat naik hantaran di IG Stories meluahkan hasrat mendedahkan rahsia gelap membabitkan topik pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 34 tahun itu turut meminta individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf jika tidak mahu rahsia gelapnya terbongkar dalam masa selama 24 jam.

Tampil membela diri, Cikgu Fadli kemudiannya memuat naik sebuah hantaran di laman Facebook miliknya menjelaskan perkara sebenar.

Dah ada pihak gali post-post lama saya, sebarkan dan cuba memalukan saya.

Menurut Cikgu Fadli, isu lawak mengenai pakaian dalam pelajar pada tahun 2018 itu sahih dan mengakui kesilapannya itu telah melampaui batas.

Saya ada buat post kononnya nak bergurau, tapi saya cross the line. Saya post gambar bra dalam fitting room kat AEON dan buat jenaka tentang hal itu.

Sedar dengan kesalahan selepas dikecam, guru SK Gombak 1 itu kemudiannya memadam hantaran tersebut pada keesokan hari.

Bagaimanapun, Cikgu Fadli memaklumkan terdapat dakwaan lain yang mengatakan dia memasuki asrama wanita untuk mengambil gambar merupakan fakta yang salah.

Semua info ni mislead dan salah. Gambar kat fitting room AEON. Saya telah dibuat aduan dan kena tindakan dalam oleh PPD masa tu. Ya, saya salah dan saya akui.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli mengakui segala kesilapannya dan meminta agar semua pihak untuk kembali kepada isu yang cuba diperjuangkannya iaitu mengenai isu pendidikan negara.

Nak terus menerus menggali salah silap dan aib lama saya, silakanlah. Saya tak boleh halang orang. Cuma, tolong kembali kepada isu sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"U Know Who U Are.." - Caprice Gesa Permohonan Maaf, Ugut Dedah Rahsia 'Cikgu'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...