“U Know Who U Are..” – Caprice Gesa Permohonan Maaf, Ugut Dedah Rahsia ‘Cikgu’

Trending

“U Know Who U Are..” – Caprice Gesa Permohonan Maaf, Ugut Dedah Rahsia ‘Cikgu’

Sebelum ini, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Fadli dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana meluahkan pendapatnya mengenai silibus pelajaran di Malaysia.

Menurut Fadli, silibus pendidikan di sekolah terlalu padat selain menyuarakan isu-isu lain seperti beg berat dan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam sebuah kelas.

Advertisement

Malah, isu berkenaan turut dikatakan telah menarik perhatian penyanyi rap sensasi, Caprice yang ingin mengulas mengenai isu tersebut lebih lanjut di media sosial.

Difahamkan, Cikgu Fadli telah membuat kenyataan dimana dia enggan membawa masuk campur tangan mana-mana pihak yang lain.

Dia nak masuk bang. Tapi saya tak layan

Kenyataan tersebut bagaimanapun telah menimbulkan salah faham antara Caprice dan Cikgu Fadli.

Kau punya hujah kita sokong.. Tak payah lah nak cakap kau tak layan.. aku minta dilayan ke dari kau? Glamor sikit dah sombong.. relax cikgu.

Enggan mengeruhkan keadaan, Cikgu Fadli tampil menjelaskan pendiriannya untuk tidak membawa masuk pihak lain.

Bukan tujuan nak sombong atau benci ke apa. Aku cuba elak orang salah guna akhirnya akan menjerat diri aku balik. Faham kan?

Terkini, Caprice telah memuat naik hantaran di IG Stories meluahkan hasrat mendedahkan rahsia gelap membabitkan topik pendidikan Malaysia namun tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut kemudiannya telah dipadam oleh Caprice.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fadli Salleh
1 year ago

"Terima Kasih Sokong" - Enggan Panjangkan Cerita, Cikgu Fadhli Mohon Maaf Pada Caprice

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...