Terdahulu, penyanyi rap sensasi, Caprice telah memuat naik hantaran di IG Stories meluahkan hasrat mendedahkan rahsia gelap membabitkan topik pendidikan Malaysia.
Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 34 tahun itu turut meminta individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf jika tidak mahu rahsia gelapnya terbongkar dalam masa selama 24 jam.
Tampil membela diri, Cikgu Fadli kemudiannya memuat naik sebuah hantaran di laman Facebook miliknya menjelaskan perkara sebenar.
Dah ada pihak gali post-post lama saya, sebarkan dan cuba memalukan saya.
Menurut Cikgu Fadli, isu lawak mengenai pakaian dalam pelajar pada tahun 2018 itu sahih dan mengakui kesilapannya itu telah melampaui batas.
Saya ada buat post kononnya nak bergurau, tapi saya cross the line. Saya post gambar bra dalam fitting room kat AEON dan buat jenaka tentang hal itu.
Sedar dengan kesalahan selepas dikecam, guru SK Gombak 1 itu kemudiannya memadam hantaran tersebut pada keesokan hari.
Bagaimanapun, Cikgu Fadli memaklumkan terdapat dakwaan lain yang mengatakan dia memasuki asrama wanita untuk mengambil gambar merupakan fakta yang salah.
Semua info ni mislead dan salah. Gambar kat fitting room AEON. Saya telah dibuat aduan dan kena tindakan dalam oleh PPD masa tu. Ya, saya salah dan saya akui.
Dalam pada itu, Cikgu Fadli mengakui segala kesilapannya dan meminta agar semua pihak untuk kembali kepada isu yang cuba diperjuangkannya iaitu mengenai isu pendidikan negara.
Nak terus menerus menggali salah silap dan aib lama saya, silakanlah. Saya tak boleh halang orang. Cuma, tolong kembali kepada isu sebenar.