Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang wanita yang mendakwa dia didatangi Rasulullah SAW ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.
Walaubagaimanapun, seorang individu yang dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan wanita itu memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan mendakwa wanita itu berada dalam keadaan kecelaruan.
Tambahnya lagi, dia meminta masyarakat menghentikan kecaman berhubung isu itu kerana ia berkemungkinan akan membebankan fikiran wanita terbabit.
Maaf sangat-sangat, kasihanilah dia. Tolong jangan kecam dia. Saya mohon semua tolong doakan yang baik-baik walaupun dia menyakiti hati sesiapa pun jua.
Menurutnya, mereka sekeluarga sedang berusaha untuk bantu menasihati wanita itu dan bukan sesuatu yang mudah untuk pujuk dia untuk berhenti daripada melakukan Facebook live.
Minta tolong sangat-sangat daripada netizen semua, kalau tak sanggup tengok dia, jangan masuk live dia.
@iz1_s_it_is Minah doktor berjumpa & berbual bersama Nabi saw secara jaga. Kharban…!
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan mendakwa dia didatangi Rasulullah ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah. Malah, baginda juga berinteraksi secara langsung dengannya dan mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia.