“Adeh Pengsan Saya..” – Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

Kehidupan

“Adeh Pengsan Saya..” – Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai

Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang ‘hantu petai’, lagi-lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam.

Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang sedang hamil, mereka disarankan untuk mengawal pengambilan buah petai, tidak kiralah sama ada di usia kandungan masih awal ataupun sudah nak dekat dengan tarikh bersalin.

Advertisement

Ini kerana, seorang jururawat ada memuat naik satu video di TikTok memberi peringatan kepada ibu hamil untuk elakkan diri dari memakan buah petai, lagi-lagi yang sedang menunggu masa saja untuk bersalin.

Menurut misi itu, bukan sahaja air kencing yang akan berbau, malah najis juga turut akan berbau sekali, justeru wanita tersebut menyarankan ibu mengandung minum air kelapa agar bayi yang akan dilahirkan nanti sentiasa dalam keadaan bersih.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memahami maksud sebenar yang misi itu cuba sampaikan buat orang ramai dan mereka turut berkongsikan pengalaman pernah terhidu bau yang kurang menyenangkan disekitar labour room kerana ibu tersebut memakan petai sebelum bersalin.

komen TikTokSumber : TikTok 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

KJ dituduh belum ambil vaksin
5 bulan lalu

Viral 'Screenshot' Status Masih Diproses, Dituduh Belum Ambil Vaksin, KJ Perjelas Hal Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    January 7, 2022 at 7:58 am

    ko pn sebagai jururawat ape hak ko tuk viral kn utk mengaibkn pesakit??? kalu nk bg tau pn xpayah smp kuakn muka ko skali n org akan tau ko hospital mana.. bg aku x baik la cara ko.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...