Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi – Erra Fazira

Hiburan

Tolong Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi – Erra Fazira

Tahun ini, boleh dikatakan beberapa kali juga kisah percintaan Erra Faziran dan Shahir menjadi tumpuan ramai apatah lagi timbul kenyataan yang menyatakan keluarga mereka juga sudah mengetahui mengenai hubungan mereka.

Advertisement

Malah, Erra juga ada memberitahu beliau sukar untuk menolak cinta Shahir dan menyerahkan soal jodoh mereka kepada takdir.

Terbaru, Erra meminta tiada lagi pihak mengaitkan dirinya dengan Shahir kerana mereka hanya bertanya khabar melalui Whatsapp dan kali terakhir mereka bertemu sudah hampir dua tahun lalu.

Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp.

Erra juga sekali lagi menegaskan Shahir tidak pernah merisik beliau seperti yang digosipkan sebelum ini dan mereka sekadar berkawan sahaja.

Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir. Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar.

Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan.

Biarlah takdir sahaja yang menentukan hala tuju hubungan Erra Fazira dan Shahir. Kalau ada jodoh, Alhamdullilah. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...