“Tolong Hentikan Budaya Rakam Dulu Baru Tolong” – Dayana Roza

Hiburan

“Tolong Hentikan Budaya Rakam Dulu Baru Tolong” – Dayana Roza

Pelakon, Dayana Roza meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pengguna media sosial yang terlalu taksub untuk menularkan sesuatu kejadian sehingga mengabaikan beberapa perkara.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana binti Kamsun Baharin merujuk kepada penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang pemandu lori yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Advertisement

Menurut Dayana, 31, budaya taksub merakam sesuatu kejadian untuk tujuan tular di media sosial seharusnya dihentikan.

Kalau suka sangat tular-tular, baik mohon jadi wartawan. Ada juga gaji daripada tular secara percuma sahaja.

Terdahulu, Dayana telah memadam video pemandu lori yang dimuat naik olehnya di laman Instagram bagi menghormati arwah selain keluarganya.

Jadi marah sangat dengan tukang rakam dan viralkan. Semoga budaya rakam dulu baru tolong di Malaysia ini tiada lagi selepas ini.

Simpanlah telefon, hulurkan tangan tolong orang dalam kesusahan. Tak viral orang tak nampak tak apa. Allah SWT nampak.

Dalam pada itu, orang ramai menerima baik pandangan yang dilontarkan oleh pelakon drama Seadanya Aku itu dan bersetuju bahawa budaya dan sikap gemar menularkan sesuatu yang tidak sahih harus dihentikan.

Pemandu lori
2 years ago

"Jika Tidak Kerana Fitnah, Mungkin Dia Boleh Diselamatkan" - Keluarga Pemandu Lori Terkilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...