“Jika Tidak Kerana Fitnah, Mungkin Dia Boleh Diselamatkan” – Keluarga Pemandu Lori Terkilan

Berita

“Jika Tidak Kerana Fitnah, Mungkin Dia Boleh Diselamatkan” – Keluarga Pemandu Lori Terkilan

Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 48 saat di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita menuduh seorang pemandu lori mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di kawasan berhampiran Kilang Daikin.

Bagaimanapun, pemandu lori tersebut yang dikenali sebagai Ahmad Sukri telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sungai Buloh.

Advertisement

Adiknya, Mohd Azmi berkata, jika fitnah itu tiada, mungkin abangnya boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya.

Keluarga pemandu lori

Rakan sekerja arwah bagitahu video tu tular. Ada komen yang kecam arwah kata kalau dah tahu sakit jantung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan.

Tambah Azmi, 37, dia dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa abangnya itu kira-kira jam 12 tengah hari, Isnin sebelum bergegas ke hospital berkenaan.

Saya yakin kalau abang boleh tahan sakit, pasti dia akan berhenti di tepi tetapi siapa yang tahu derita kesakitan yang dilaluinya ketika itu.

@utusantvofficial

alfatihah, salam takziah buat keluarga arwah. Min minta maaf sengaja tak blur muka untuk anda nilai sendiri tuduhan wanita tersebut. #fyp #foryou #viralnewsmalaysia #beritaditiktok

? Sad Music – Max-Music

Dalam pada itu, Azmi berkata kehilangan abangnya memberi impak yang besar buat keluarga mereka kerana kebaikannya dalam membantu menyara keluarga dari segi kewangan.

Azmi turut memaklumkan jenazah Ahmad Sukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, selepas Asar, semalam.

Pemandu lori
2 years ago

Isu Pemandu Lori Sakit Jantung Difitnah Mabuk, Suami Isteri Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...