“Tolong Bijak Sikit Dikkk” – Lelaki Usia 22 Tahun Menang ‘Lucky Draw’ RM310K, Nak Masuk Duit Dalam Akaun Kekasih Tapi Dihalang Penonton

Kehidupan

“Tolong Bijak Sikit Dikkk” – Lelaki Usia 22 Tahun Menang ‘Lucky Draw’ RM310K, Nak Masuk Duit Dalam Akaun Kekasih Tapi Dihalang Penonton

Seorang pemuda berusia 22 tahun mencuri tumpuan warga maya apabila dia berjaya memenangi sebuah kereta Nissan GT-R R35 ketika majlis Jom Santai Food Festival di Terengganu bersama jenama pakain tempatan, Choii.

Namun begitu, lelaki berkenaan telah menukar hadiah kereta tersebut dengan wang tunai bernilai RM310,000 setelah bersetuju untuk meletakkan kenderaan untuk bidaan orang ramai.

Advertisement

Lelaki menang RM310,000, nak masuk dalam akaun bank GF

Gara-gara telefon bimbit ‘mati’ untuk urusan perbankan wang kemenangan, pemuda berkenaan meminta wang ratusan ribu ringgit itu untuk ‘ditumpangkan’ ke dalam akaun bank kekasihnya yang turut berada di majlis berkenaan.

Dihalang penonton yang hadir

Dalam kekalutan itu, permintaan pemuda berkenaan untuk berbuat demikian nampaknya dihalang orang ramai dan juga pelawak Achey yang menjadi hos pada ketika itu.

“Jangan bagi, jangan bagi” laung penonton yang hadir.

Penganjur turut memberi cadangan untuk pemuda berkenaan meminta nombor akaun bank milik adik beradik atau ibu bapanya sebagai alternatif.

Di akhir video, krew dan penganjur akhirnya memberikan pemuda tersebut  sebuah ‘powerbank’ agar telefon bimbit miliknya dapat dihidupkan semula selepas cubaan untuk mendapatkan akaun bank ibu serta adik beradiknya gagal.

Rezeki hampir tersalah alamat bak kata netizen..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

spain pampasan
2 months ago

Dir*gol 7 Lelaki Ketika Berada Di India, Pasangan Dari Sepanyol Ini Terima Pampasan RM49K Dan Dihantar Pulang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...