Dir*gol 7 Lelaki Ketika Berada Di India, Pasangan Dari Sepanyol Ini Terima Pampasan RM49K Dan Dihantar Pulang

Dunia

Dir*gol 7 Lelaki Ketika Berada Di India, Pasangan Dari Sepanyol Ini Terima Pampasan RM49K Dan Dihantar Pulang

Sebelum ini tular mengenai insiden pasangan penjelajah dari Sepanyol yang dirogol dan dipukul sekumpulan lelaki ketika berada di negara India.

Terbaru, kerajaan India dilaporkan telah membayar pampasan sebanyak RM49,000 kepada pasangan itu selain 3 daripada empat suspek yang berjaya ditangkap telah dihadapkan ke mahkamah India untuk perbicaraan.

Advertisement
spain travellerSumber : X  

Tular juga keratan video memaparkan Vicente,63 dan pasangannya Fernanda,28 hadir ke suatu lokasi dipercayai balai polis negara itu bagi menerima cek wang berkenaan.

Pasangan tersebut yang sering melakukan penjelajahan serata dunia dengan menggunakan motosikal telah ditemui sekitar jam 11 malam pada hari Jumaat di tepi jalan dalam keadan cedera akibat dipukul dan dicabul.

Fernanda mengejutkan netizen di media sosial apabila dia mendakwa telah dirogol tujuh lelaki secara bergilir-gilir.

Serangan tersebut berlaku ketika mereka berkhemah di kawasan Dumka selepas gagal mendapatkan hotel di sekitar kawasan kejadian.

Berikutan insiden itu, Fernanda dan Vicente telah kembali ke Sepanyol dan akan meneruskan jelajah dunia pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanita
2 months ago

"Delulu Sangat Ni Kak.." - Wanita Dakwa Dic*bul 50 Lelaki Melayu Sepanjang 30 Minit Berjalan Di KL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...