Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dilaporkan sedang berhadapan dengan tuntutan sebanyak RM59 Juta setelah 41 orang pelabur yang melabur dalam mata wang kripto Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy) tampil meminta kembali wang mereka.
Difahamkan, para pelabur tersebut membuat tuntutan tersebut setelah mendakwa mereka tidak mendapat sebarang keuntungan dijanjikan sejak tahun 2018.
Pelabur-pelabur itu telah memfailkan writ saman terhadap Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya yang menjalankan Lavida Coin.
Berikutan tuntutan itu, DS Vida bakal berhadapan dengan pengisytiharan muflis selain rumah dan hartanya disita jika didapati bersalah.
Sementara itu, DS Vida mengakui terkejut dengan tuntutan itu dan mendakwa ada pihak yang cuba menggunakan isu itu untuk menjatuhkan maruah dan perniagaannya.
Saya dah lama dalam industtri perniagaan dan media sosial. Saya tahu ramai yang tak suka saya. Saya tahu saya banyak musuh. Jadi tak mustahil ada orang cuba nak menjatuhkan saya.
Tambahnya lagi, dia tidak terkesan dengan peristiwa itu dan menyerahkan perkara tersebut sepenuhnya kepada peguam untuk tindakan lanjut.