Tumbuk Isteri Hingga Cacat Kekal, Hafidz Roshdi Akan Didakwa Di Mahkamah Isnin Ini

Hiburan

Tumbuk Isteri Hingga Cacat Kekal, Hafidz Roshdi Akan Didakwa Di Mahkamah Isnin Ini

Pelakon, Hafidz Roshdi dilaporkan akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini.

Pelakon tersebut akan menghadapi tuduhan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Advertisement

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan lelaki berusia 29 tahun itu akan menghadapi tuduhan tersebut di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hafidz sebelum ini telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterang pada petang hari yang sama.

Terdahulu, isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebelum ini telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kerana mendakwa dirinya ditumbuk beberapa kali oleh suaminya itu sehingga cedera di bahagian mata.

Wanita itu juga ada memuat naik gambar kecederaan muka di media sosial sebelum keluarganya sendiri tampil mengesahkan Shuhada ditumbuk tiga kali oleh Hafidz setelah berlaku pertengkaran di R&R Sungai Buloh.

Mas naib srikandi bersatu amir jahari
1 year ago

"Sombong Nak M*mpus!" - Ahli Politik Guna Lagu Amir Jahari Didakwa Mohon Maaf Tapi 'Perli Kaw-Kaw' Pemilik Lagu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...