Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini ada mengumumkan satu berita gembira di mana pemberian tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus untuk semua kelas kenderaan sempena sambutan hari raya Aidilfitri nanti.
Pengecualian tol itu dilaporkan akan berkuatkuasa bermula 30 April hingga 1 Mei yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan di bawah PLUS Malaysia Berhad dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di bawah Anih Berhad.
Pengguna bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan turut diberikan perjalanan bebas tol pada 7 dan 8 Mei nanti.
Dalam pada itu, diskaun antara 30% dan 50% juga akan diberikan untuk pengguna lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama seperti diumumkan.
Diskaun tol sebanyak 50% akan diberikan bagi pengguna Lebuh Raya KESAS, LDP, GrandSaga, Besraya, NPE, Akleh, MEX dan juga DUKE.
Manakala 30% pula akan diberikan buat pengguna lebuh raya SMART, Koridor Guthrie, Latar, LLB, LKSA, SILK, JPP2, SKVE, SPRINT, Lekas, Grand Sepadu, SDE dan juga WCE, seperti laporan The Star.