Penyanyi Nubhan telah meraih perhatian peminat di media sosial apabila dia ada membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Badariah Omar,76, dengan menghadiahkan bondanya itu beg tangan jenama mewah Louis Vuitton (LV) yang bernilai RM14,200.
Nubhan yang ditemui sebuah media memaklumkan ibunya yang mesra disapa sebagai Omak Jenny itu berasa terkejut dengan harga yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Malah, cerita Nubhan lagi, sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Omak Jenny beberapa kali bertanya sama ada benar atau tidak harga beg yang dihadiahkan itu berharga sedemikian rupa.
Dia menganggap saya ‘gila’ kerana membeli beg itu untuk dirinya. Sebelum ini selalu hadiahkan barang tapi dia tak tahu nilai barang berkenaan. Tapi kali ini saya bawa mak ke butik untuk dia pilih sendiri.
Nubhan juga ada memuat naik rakaman video yang memaparkan reaksi spontan ibunya itu yang terkejut dengan harga beg LV yang dipilih sendiri ketika berkunjung ke butik tersebut di ibu kota.
Jelas penyanyi lagu Ada Untukmu ini lagi, dia sama sekali tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk namun hanya ingin membalas jasa bonda tercinta yang melahirkan serta menjaga dirinya sejak dari kecil
Penyanyi ini juga mendedahkan bahawa ada peminat turut terinspirasi dan memberikan rasa insaf kepada mereka apabila dia berkongsikan momen-momen bersama Omak Jenny di media sosial.
“Saya bersyukur apabila ramai yang terkesan dan ingin membalasa budi ibu bapa mereka. Sekurangnya perkongsian video saya memberi manfaat kepada orang ramai. Tidaklah dianggap syok sendiri.” ujarnya lagi.