(TAHNIAH) Isteri Nubhan Kini Hamil Empat Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Isteri Nubhan Kini Hamil Empat Bulan

Penyanyi Nubhan baru-baru ini ada mengumumkan berita gembira di mana isteri kesayangan, Afifah Hidayah kini sedang sarat hamil empat bulan.

3 years ago

Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu, Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga

Advertisement

Selepas mengalami keguguran pada bulan Januari yang lalu, Nubhan dan isteri menganggap kehamilan kali ini sebuah berita yang amat gembira dan teruja menunggu kelahiran anak ke-3 mereka.

Ujar Nubhan lagi, kehamilan kali ini sangat berbeza kerana isterinya itu mengalami alahan yang teruk.

“Isteri saya dah hamil empat bulan. Alhamdullilah rezeki baru, bertambah lagi ahli keluarga saya. Banyak alahan dia untuk proses kehamilan kali ini. Dia tak boleh bau minyak wangi, makanan yang bergoreng, bau hanyir..dia cepat mual..”

Perkara tersebut turut dikongsikan Nubhan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dia dalam pada itu memaklumkan bahawa kedua anaknya iaitu Aafiya dan Chemad sangat gembira apabila mengetahui ibu mereka kini hamil lagi.

“Mereka teruja terutama sekali kakak sebab adik tak faham lagi. Dia selalu usap perut isteri saya, cium sambil itu dia berborak..” kata Nubhan lagi.

Sekadar info, Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia,4, dan Ahmad Affan yang kini berusia dua tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...