TMJ Nafi Laporan Berita, Tak Mempunyai Duit Untuk Beli AC Milan

Trending

TMJ Nafi Laporan Berita, Tak Mempunyai Duit Untuk Beli AC Milan

CgzgrunUgAEEbDV
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim(TMJ) hari ini tampil menafikan laporan berita yang menyatakan beliau berniat untuk membeli pasukan gergasi Itali, AC Milan.

8 years ago

TMJ Sasar Nak Beli AC Milan, Sejarah Baru Bola Sepak Tanah Air Bakal Tercipta?

Advertisement

TMJ memberi penjelasan terbabit menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers menerusi satu posting bertajuk “SAYA TIDAK MEMPUNYAI DUIT UNTUK MEMBELI AC MILAN”.

Baru-baru ini saya telah ditemuramah oleh The Straits Times, media dari Singapura mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. 

“Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara. 

“Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya. Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. “, kata beliau.

TMJ menegaskan dia tidak akan membeli AC Milan kerana beliau tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain.

Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja. Jadi, untuk menjawab sebarang spekulasi, jawapannya adalah tidak. 

Saya tidak akan membeli AC Milan. Saya tidak mempunyai duit untuk membeli AC Milan. Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. 

Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja. Kelab JDT saya pun tidak dapat mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia yang lain. Apatah lagi membeli AC Milan dan terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya. Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar.”, jelasnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...