TMJ Sasar Nak Beli AC Milan, Sejarah Baru Bola Sepak Tanah Air Bakal Tercipta?

Trending

TMJ Sasar Nak Beli AC Milan, Sejarah Baru Bola Sepak Tanah Air Bakal Tercipta?

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM / PENAUNG DIRAJA PBNJ / JOHOR BAHRU
Pemilik kelab Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan sedang dalam proses perbincangan untuk membeli kelab gergasi Itali, AC Milan.

Walaupun fokus Tengku Mahkota Johor (TMJ) ketika ini adalah mengukuhkan pembangunan JDT namun beliau mempunyai hasrat yang cukup besar.

Advertisement

Dalam sesi temu bual eksklusif oleh media Singapura, The Strait Times, TMJ mendedahkan hasratnya untuk membeli kelab Itali itu.

“Saya merancang untuk membeli AC Milan namun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Saya suka Milan dan saya memang meminati bola sepak di Itali sejak kecil lagi,” jelasnya.

Tidak dinafikan JDT sentiasa menjadi agenda utama namun TMJ menjelaskan sekiranya dia mahu membeli kelab bola di Eropah, AC Milan akan menjadi pilihannya.

Difahamkan ketika ini mereka berada di tahap perbincangan.

The Rossoneri ketika ini dimiliki bekas Menteri Besar Itali, Silvio Berlusconi.

Berlusconi turut menyatakan hasrat untuk menjual kelab itu yang kini sedang menanggung hutang yang besar.

TMJ turut mahu kedua pasukan (JDT dan AC Milan) membentuk satu hubungan rapat sekiranya proses pembelian terlaksana.

“Ia akan jadi satu jalinan secara langsung antara JDT dan AC Milan,” katanya.

Mengikut laporan Forbes, juara 18 kali Serie A itu kini sedang menanggung hutang mencecah USD 100juta (RM 390 juta).

Namun, AC Milan kekal sebagai salah sebuah pasukan yang mempunyai sokongan teguh di Itali.

Sebelum ini, tokoh perniagaan Malaysia Datuk Dr Noordin telah membeli 50 peratus saham kelab yang bersaing di Serie B, FC Bari.

“Kita sangat berharap dapat menjalinkan kerjasama antara JDT dan AC Milan pada masa hadapan. Sama ada ia kolaborasi secara terus atau sekadar sumbangan kecil dari kelab berkenaan,” katanya lagi.

Sekiranya TMJ berjaya memiliki AC Milan sudah pasti ia akan menjadi berita gembira buat peminat bola sepak tanah air khususnya rakyat Johor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...