Tipu Status Positif COVID-19 Di MySejahtera, Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

Kehidupan

Tipu Status Positif COVID-19 Di MySejahtera, Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

Semenjak dunia dilanda pandemik COVID-19, sektor ekonomi telah mengalami perubahan dan ramai majikan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan budaya kerja dari rumah ataupun ‘Work From Home’ (WFH).

Namun, saat negara semakin mencatatkan peningkatan kes meskipun sudah beransur-ansur memasuki fasa endemik, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menipu majikan agar tidak perlu datang ke pejabat.

Advertisement

Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, seorang lelaki yang juga merupakan seorang majikan berkongsi pengalamannya berurusan dengan pekerja yang tidak jujur dalam pekerjaan mereka.

Ujar @mustakim_ismail, dia telah memecat pekerjanya kerana telah membuat suntingan palsu di aplikasi MySejahtera.

Pekerja tersebut difahamkan telah menipu status positif COVID-19 tapi ‘kantoi’ kerana suntingan yang tidak kemas sehingga boleh dikesan oleh majikannya.

Baru fire (pecat) seorang staff sebab menipu status vaksin + positif covid. Mata aku agak sensitif dan nampak dia edit screenshot ni.

Jelas Mustakim lagi, individu yang sudah lengkap divaksin sepatutnya hanya 7 hari tempoh kuarantin jika dijangkiti COVID-19 tapi pekerja itu telah menyatakan 10 hari sehingga menimbulkan syak wasangka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menasihatkan pekerja atau sesiapa sahaja di luar sana agar tidak mengambil kesempatan kerana jangkitan COVID-19 ini bukanlah satu perkara yang main-main.

Tipu status VaksinSumber : Twitter 

“Orang Malaysia ni suka ambil kesempatan. Dah dapat kuarantin menipu lagi. Orang lagi tanak kena COVID dia lagi nak menipu kena COVID. Haih.” komen seorang netizen.

Whatsapp group paksa beli kit
3 years ago

"Main Ugut-Ugut Pulak.."- Ahli Kelab Trak Pikap Dipaksa Beli T-Shirt 'Keahlian', Kalau Tak Kena 'Kick'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...