“Main Ugut-Ugut Pulak..”- Ahli Kelab Trak Pikap Dipaksa Beli T-Shirt ‘Keahlian’, Kalau Tak Kena ‘Kick’

Kehidupan

“Main Ugut-Ugut Pulak..”- Ahli Kelab Trak Pikap Dipaksa Beli T-Shirt ‘Keahlian’, Kalau Tak Kena ‘Kick’

Seakan menjadi ‘trend’ pula apabila muncul kumpulan-kumpulan khas  di media sosial yang berkongsi minat atau hobi yang sama.

Dalam kumpulan itu, bolehlah ahli di dalamnya bertukar-tukar pendapat atau menganjurkan aktiviti antara satu sama lain.

Advertisement

Menerusi satu perkongsian salah seorang ahli kelab dipercayai kumpulan trak pikap di Facebook, dia ada menunjukkan satu tangkap layar di mana ‘admin’ satu kelab ‘WhatsApp Group’ tersebut telah meminta ahli-ahlinya untuk membeli kit keahlian bernilai lebih kurang RM60 setiap satu.

Screenshot trak pikapSumber : Facebook 

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila jika ahli-ahli kelab tersebut ingkar dan enggan membeli kit keahlian itu, mereka akan dikeluarkan daripada WhatsApp group kelab tak pikap terbabit.

Senang je buat group WhatsApp lepas tu wajibkan orang beli baju. Lepas tu ugut-ugut orang, tak beli kick. Macam hareey nak beli sticker saja tak boleh kena beli sekali baju.

Perkongsian tangkap layar tersebut telah mendapat perhatian ahli-ahli group kumpulan itu dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana ianya adalah satu pilihan bukannya kewajipan.

FacebookSumber : Facebook 

Kata mereka lagi, ‘admin’ kelab tersebut seolah-olah hanya mahu mengaut keuntungan dan membuat duit dengan mudah dengan menjual kit keahlian tersebut.

Malah, ada yang meluah perasaan di mana pihak atasan kelab tersebut tidak pernah ‘menyahut’ atau menyelesaikan masalah jika terdapat aduan daripada ahli-ahlinya.

Macam tak perlu je nak ada group WhatsApp macam ni kalau tujuan nak berniaga saja kan?

Budaya kerja
2 years ago

"Balik Kerja 'On-Time' Kena Kecam.." - Netizen Rancak Kongsi 'Budaya Kerja' Pejabat Yang Patut Dihapuskan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...